Propellerads

Perdana Menteri, Najib Akui Terguris Hati Dengan Tun Mahathir

Perdana Menteri, Najib Akui Terguris Hati Dengan Tun Mahathir


Datuk Seri Najib Tun Razak terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

PM Najib mengatakan Tun Dr Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu iaitu seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

Najib juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Dr Mahathir yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya di laman blognya.

Malah bekas perdana menteri paling lama di Malaysia itu lebih banyak mengkritiknya di dalam blog berbanding mengkritik pembangkang.

Keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir yang disifatkan Najib sebagai banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.

Ini komennya:

"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," 

"Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.

"Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap...tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan," .

"Setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita...ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti," katanya.

"Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

"Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat...tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,".

Sumber: Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment