Saya Tak Akan Minta Maaf - Muhyiddin
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau menegaskan bahawa tidak akan meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana melihat tidak mempunyai sebab yang musabah untuk memohon maaf.
Ini komennya:
"Tidak ada sebab yang berpatutan memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa dan saya harap ia tak disalahtafsirkan,"
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian tidak sampai tiga jam sebelum penggulungan perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan dibuat oleh Najib petang Sabtu.
Terdahulu Shafie telah membuat kenyataan senada bahawa tiada perbalahan yang timbul antara beliau dan Najib justeru tiada keperluan baginya untuk berdamai.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata beliau berpandangan apa yang telah disuarakan selama ini adalah tidak salah dan tidak bertentangan dengan parti.
Ini komennya lagi:
"Apa yang saya nyatakan selama ini soal parti khasnya soal kepimpinan adalah soal prinsip. Ini saya dah jelaskan berkali-kali.
"Saya tak fikir kenyataan saya menyalahi dengan tujuan dan semangat perjuangan kita iaitu nak menegakkan yang hak dan benar sebab saya amat cintakan Umno,"
Dakwaan berkenaan timbul susulan tindakan Muhyiddin dan Shafie mempersoalkan mengenai dakwaan penyelewengan dalam 1MDB dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Blogger Comment
Facebook Comment