Propellerads

Sedih: Anak Maut Jatuh Flat Depan Mata Ayah

Sedih: Anak Maut Jatuh Flat Depan Mata Ayah 


Ini satu berita yang amat menyedihkan terutama si ayah yang menyaksikan sendiri anak tersayang terjatuh dan meninggal dunia di depan mata.

Kanak-kanak berusia lelaki 5 tahun telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, Perak.

Mangsa bernama Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal dan dikatakan baru sahaja pulang bersama ibu bapanya daripada bercuti.

kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam apabila mangsa dikatakan naik ke rumah bersama ibunya di tingkat tiga bangunan, sementara bapanya dan anak yang kedua sedang berkemas di kereta.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dan terbaring di depan matanya.

Katanya, semasa kejadian tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala. 

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," 

Salam takziah kepada keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment