Propellerads

Sekolah Agama Percuma Jika BN Rampas Selangor

Sekolah Agama Percuma Jika BN Rampas Selangor


Barisan Nasional Selangor bertekad untuk pendidikan percuma untuk sekolah agama di negeri ini sekiranya berjaya merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusi BN Selangor iaitu Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan merealisasikan janji itu itu sekiranya berjaya menawan semula Selangor, bukan seperti prembangkang yang hanya tahu cakap tetapi tidak tahu buat.

Ini komen Noh Omar:

“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan.

“Jadi yang penting ialah kita nak kena yakinkan rakyat bahawa kerajaan BN kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada pakatan pembangkang yang diketuai PKR,” 

“Boleh berlaku (BN Rampas Selangor semula). Tidak mustahil. Kalau dulu dia pun ada dua pembangkang, boleh pemerintah dan ini kita lihat peluang itu memang cerah,” 

“Mereka harus membuktikan kepada rakyat terutama di Selangor terlebih dahulu bahawa mereka dapat mentadbir dengan baik sebelum mengutuk Kerajaan Persekutuan dan dakwa kami gagal.

“Di mana janji-janji mereka sebelum pilihan raya dahulu seperti pendidikan percuma dan sebagainya, selain timbul isu masalah air yang berpanjangan di Selangor,” 

Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang telah membalas kenyataan dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa sekiranya kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mereka akan memberikan pendidikan percuma di negara ini.

Sementara itu, Noh mendakwa Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali cakap tak serupa bikin terutama dalam beberapa perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Sumber: Selangorpost
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment