Propellerads

Siti Nordiana Beri Amaran Kepada Mereka Yang Tak Bertanggungjawab

Siti Nordiana Beri Amaran Kepada Mereka Yang Tak Bertanggungjawab 


Siti Nordiana telah tampil memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat akaun palsu di atas namanya setelah memenangi Gegar Vaganza.

Siti Nordiana akui terkejut apabila mendapat tahu terdapat sebanyak 14 akaun Instagram palsu menggunakan namanya sehingga mengundang kekeliruan peminat.

Ini kenyataan dari Nana:

"Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana.

"Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya," 


Siti Nordiana berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membuang akaun palsu berkenaan.

Setakat ini, akaun instagram original milik Nana mempunyai kira-kira 380 ribu follower. Yang tu baru original.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment