Propellerads

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Januari 2016

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Januari 2016


Malaysia kini sedang dilanda demam naik harga. Semua benda dan perkhidmatan pun dah naik sekarang ini. Ini termasuk tambang bas sekolah yang mungkin akan naik tahun hadapan.

Menurut Presiden Persatuan Operator Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, beberapa pengusaha bas sekolah sedang mempertimbangkan menaikkan harga tambang mereka untuk menampung kenaikan kos operasi.

Ini komennya: (The Sun)

"Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan penyusutan nilai ringgit telah menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan."

"Hatta seunit skru pada nilai 50 sen turut dicaj dengan GST. Mereka juga tidak boleh menuntut bayaran cukai dari pihak Kastam kerana syarikat mereka tidak mempunyai nilai jualan mencecah setengah juta ringgit, seperti yang disyaratkan oleh kerajaan bagi menuntut kembali bayaran cukai yang telah dibuat"

Amali berkata ada syarikat pengangkutan bersetuju untuk mengekalkan tambang untuk tahun ini, walaupun mereka sedang bergelut untuk terus beroperasi.

Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang enggan menetapkan kadar siling tambang bas sekolah telah memberi peluang kepada pengusaha untuk menetapkan kadar tambang mereka sendiri.

Namun sebarang kenaikan bergantung kepada budi bicara syarikat terbabit. Selain itu perbezaan kadar tambang juga bergantung kepada status penduduk, keperluan mereka, dan jarak ke sekolah masing-masing.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment