Propellerads

[Video] Nurul Izzah Sebak Ketika Beri Keterangan Isu Pertemuan Dengan Jacel Kiram

[Video] Nurul Izzah Sebak Ketika Beri Keterangan Isu Pertemuan Dengan Jacel Kiram


Nurul Izzah telah memberi keterangan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III.

Untuk pengetahuan, Jamalul Kiram merupakan antara individu yang melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.

Ini antara komen Nurul Izzah:

"Saya begitu sebak. Saya menangis untuk rakyat Malaysia," 

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membawa Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana pertemuan tersebut.

Usul tersebut diluluskan dengan undian 105 menyokong manakala 77 yang lain tidak menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul terbabit berkata dia bersimpati dengan Nurul Izzah.

Azalina Othman mencadangkan Nurul Izzah memohon Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk turut serta dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan namanya.

Sumber: malaysiakini

Video dibawah:

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment