Propellerads

Isteri Pengarah Filem Uwei Ditemui Maut Di Persisiran Pantai

Isteri Pengarah Filem Uwei Ditemui Maut Di Persisiran Pantai


Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari ditemui meninggal dunia di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lepas.

Isterinya bernama Diana Gail Saari yang kini berumur 62 tahun sebelum ini dilaporkan telah hilang selama 7 hari.

U Wei hanya memberi respon ringkas tentang hal ini. Ini komennya:

 "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orangyang beriman." 

Sebelum itu, pada Rabu lepas U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis:"i love you usah (gail)."  

U-Wei menerima ucapan simpati dan takziah dari rakan-rakan seni seperti Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan teman-temannya dilaporkan kali terakhir melihatnya pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Sumber: bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment