Propellerads

Jemmah Pemangku Sultan Kedah Buat Pernilaian


Para jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkaitan  isu Menteri Besar negeri itu. Dikatakan  bahawa tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan  bertemu wakil rakyat BN secara individu esok.

Agar  mereka boleh membuat penilaian mengenai situasi sebenar  sebelum penyelesaian  dibuat. Sumber politik Kedah berkata langkah itu perlu dibuat susulan keengganan Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Keseemua 21 wakil rakyat BN akan dipanggil mengadap termasuk Mukhriz. Mengikut sumber  perc bahawa mesyuarat itu  akan diadakan di Alor Setar bertujuan untuk Jemaah Pemangku Sultan Kedah menilai sendiri sama ada majoriti wakil rakyat BN menyokong akan perubahan Menteri Besar.

Kira-kira 19 wakil rakyat dikatakan  menandatangani akuan bersumpah pada minggu lepas bersetuju dengan perubahan itu. Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan akuan bersumpah itu membayangkan bahawa langkah BN untuk melakukan perubahan Menteri Besar.

Akan tetapi terdapat dakwaan bahawa segelintir a wakil rakyat menandatangani akuan bersumpah berkenaan dalam keadaan terpaksa. Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Shariff telah mendakwa ketika ceramah awal minggu ini bahawa beliau didesak untuk menandatangani akuan berkenaan.

Antara perkembangan baharu itu dikatakan mempunyai persamaan krisis Menteri Besar Perak sebelum ini apabila Sultan berjmpa dengan wakil rakyat Pada Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan nama calon yang dicadangkan untuk dilantik sebagai menteri besar baharu kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Beliau juga telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung perkara itu.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment