Propellerads

Kaji Dasar Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara- MARA


Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikatakan akan menyemak semula  penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya  seruan kerajaan Malaysia.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  menerusi dasar baharu inanti, hanya segelintir  pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.

Pihak kerajaan menyeru  universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, manakala kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara.

Jelas beliau lagi , "Sepatutnya kita yang menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di universiti tempatan memandangkan keupayaan tenaga pengajarnya menyamai  dengan universiti luar negara,'

Beliau menyatakan begitu  kepada media  selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ketujuh Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya,

Menurut Ismail Sabri, setiap tahun Mara menghantar lebih 1,000 pelajar tajannya ke luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, dan Australia.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment