Propellerads

Krisis Perebutan MB Kedah: Aliff Syukri Luah Rasa Risau

Krisis Perebutan MB Kedah: Aliff Syukri Luah Rasa Risau


Aliff Syukri meluahkan rasa kerisauannya apabila berlaku krisis perebutan kuasa Menteri Besar di negeri Kedah.

Usahawan bergelar jutawan itu amat risau jika berlaku perubahan pentadbiran, maka akan berlaku kesukaran dalam proses dia untuk menaja pasukan bola sepak Kedah.

Ini komen Aliff Syukri:

"Sebelum ini, saya bertemu secara peribadi dengan Presiden KFA, yang juga Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berhubung tawaran yang bakal diberikan kepada saya jika saya bersetuju menaja pasukan Kedah. 

"Jadi, saya risau jika berlakunya sebarang pertukaran dalam pentadbiran dan organisasi persatuan bola sepak negeri itu. Saya bimbang mereka tidak dapat menawarkan perkara yang sama kepada saya selepas persetujuan untuk penajaan sudah dicapai. 

"Apapun, saya tidak mahu mengulas panjang berhubung isu ini kerana ia membabitkan politik dan saya hanya menunggu kesudahan kemelut terbabit,"

Selain Kedah, Aliff Syukri kini mula menimbangkan untuk menaja pasukan Felda dan juga Pahang. Semuanya masih dalam proses perbincangan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment