Propellerads

Johor Larang 16 Penceramah Berdakwah, Dr MAZA Dan Fathul Bahri Antara Tersenarai

Johor Larang 16 Penceramah Berdakwah, Dr MAZA Dan Fathul Bahri Antara Tersenarai 


Kerajaan Johor melarang 16 penceramah bebas yang didakwa tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk berceramah di negeri ini, berkuat kuasa 31 Disember 2015.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Beliau berkata, selain 16 penceramah bebas itu, akan menyusul beberapa nama lain yang bakal dikenakan tindakan sama.

Ini komennya:

"Larangan tersebut dibuat berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan enakmen sedia ada bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Kita bukan mengambil tindakan tersebut sesuka hati tetapi ia dilakukan bersebab, malah penceramah dari Johor sekali pun kalau ada yang berbuat seperti itu, kita juga tetap ambil tindakan," 

Abd Mutalip mengulas mengenai satu dokumen yang tersebar di laman sosial yang mengandungi senarai 16 penceramah bebas yang dilarang berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Menurut dokumen itu, terdapat sebilangan penceramah yang datang dari luar Johor untuk berceramah atau mengajar agama Islam di masjid, surau atau di tempat awam lain, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat khususnya umat Islam.

Antara penceramah yang tersenarai dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Exco Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Sumber: BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment