Propellerads

Mukhriz Mahathir Mula Serang PM Najib

Mukhriz Mahathir Mula Serang PM Najib


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini dilihat mula "menyerang" Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tentang isu 1MDB.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Mukhriz menyasarkan PM Najib dan membangkitkan titah Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 7 Oktober tahun lalu, yang menyatakan kebimbangan mengenai dana pelaburan negara itu.

Ini kenyataan dari Mukhriz:

TITAH DITEPIS

"Setelah empat bulan berlalu adakah kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan.

"Lebih-lebih lagi apabila kerajaan persekutuan, khususnya perdana menteri telah tidak diyakini Rakyat?,"

"Wajarkah titah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?," 

POHON MAJLIS RAJA RAJA

Justeru itu, beliau memohon Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat 17 dan 18 Februari ini mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membentangkan laporan 1MDB secepat mungkin.

"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin,"

APA JADI DENGAN WANG BILION 1MDB

Katanya, soalan bermain di fikiran rakyat, termasuk Majlis Raja-raja adalah apakah yang terjadi kepada berbilion wang yang dipinjam daripada cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas kelulusan pengerusi panel penasihatnya iaitu perdana menteri sendiri.

"​Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

"​Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Datuk Seri Najib,"

"Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB,"
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment