Propellerads

Nasihat TMJ Buat Kerajaan: Buang Menteri Yang Jadi Bahan Jenaka

Nasihat TMJ Buat Kerajaan: Buang Menteri Yang Jadi Bahan Jenaka



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan rendah diri telah memberi nasihat politik kepada pihak kerajaan.

Bagi TMJ, langkah pertama yang kerajaan perlu lakukan sekarang ialah dengan membuang menteri-menteri yang hanya menjadi bahan jenaka oleh rakyat.

Tunku Ibrahim menekankan ini merupakan langkah pertama dalam usaha membaik pulih sistem yang sedia ada.

Ini coretan TMJ tentang dunia politik:

POLITIK

Apabila saya menyuarakan perkara tentang politik, anda perlu memahami bahawa ianya bukan untuk diri saya. Ia tidak pernah bersifat peribadi. Ia sentiasa untuk rakyat. Saya tidak boleh menafikan bahawa saya amat mengambil berat tentang keadaan politik di negara ini. Rakyat perlu turut serta untuk menjadikan negara ini tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia yang lain. Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia adalah dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi. Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka.

Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk Kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka. Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat.

Saya berjanji bahawa saya akan terus bersuara untuk rakyat dan bukannya untuk mencetuskan ketegangan tetapi bekerja bersama-sama dan memperbaiki bahagian-bahagian tertentu yang masih lemah kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor.

Sumber: FB JOHOR Southern Tigers
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment