Propellerads

Video Pelajar Dipaksa Jilat Jalan Di Petaling Jaya Jadi Viral

Video Pelajar Dipaksa Jilat Jalan Di Petaling Jaya Jadi Viral


Satu video kes buli menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di satu laman fanpage pada Sabtu lalu, dan telah ditonton sebanyak 45 ribu.

Di fanpage itu, banyak komen dari netizen sebulat suara telah  mengutuk tindakan kes buli yang melampau tersebut.

Dari video itu, dapat dilihat sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.

Kejadian dikatakan berlaku pada akhir bulan yang lalu,

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan perkara berkenaan. Pihak polis yang menahan enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun untuk disiasat.

Ini komen beliau:

"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.

"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," 

"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," 

Mohd Zaini memberitahu kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment