Fad Tak Sabar Nak Kahwin?| Mari ikuti penjelasan mengenai isu perkahwinan. Baca selanjutnya.
Fad Tak Sabar Nak Kahwin?
Nampaknya selepas Acey, Fad pula akan meninggalkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun. Tinggallah abam seorang yang masih bujang, itupun banyak gosip-gosip mengatakan abam juga mempunyai buah hati?Mohd Fazlie Muhd Nizam, nama sebenar Fad kini tidak sabar menunggu hari beliau bakal menjadi ''Raja Sehari'' dan diijab qabul dengan permaisuri pilihannya, Nur Syahirah Abdul Rahman, seorang gadis yang berasal daripada Jitra, Kedah.
''Sebenarnya saya kenal dengan Syahirah ini hampir 2 tahun dah'' terang Fad.
Terang Fad lagi, mereka mula serius bercinta pada 5 bulan lepas, apabila Fad tertarik dengan sikap Syahirah, ketika itulah Fad bertungkus lumus untuk memikat hati Syahirah.
''Bukan senang tau nak pikat Syahirah, macam-macam saya buat untuk pikat hati dia, antaranya buat ''Surprise Party'' untuk 'birthday' dia. Nasib baiklah berjaya juga.
Saya kenal dengan Syahirah hampir 2 tahun sebab syahirah ni adik angkat Jihan Muse. Daripada situ lah kami mula berkawan.
Apabila disoal apakah Fad tidak terlalu muda dan tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Fad menjawab bahawa umur itu bukan faktornya, yang penting persediaan selepas kahwin daripada segi mental dan fizikal serta rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Itu lah yang paling penting sekali. Jawab fad.
Fad juga mengumumkan Hari Persandingannya akan berlangsung pada Bulan Mei ini.
Kami Crew Sembang Terbang Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fad dan Syahirah. Semoga selamat semua dan berbahagia hingga ke anak cucu.
Blogger Comment
Facebook Comment