Pelajar Terkejut Bank Tak Terima Tukar Ringgit Ke Pound Sterling
Seorang pelajar terkejut setelah tidak dapat menukar wang ringgit ke pound sterling di bank di Johor seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
"Tadi pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan pelajar itu.
Nurayuni Daud, 28 tahun merupakan pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom cuba menukar wang di Johor.
Wanita ini sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.
"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini,"
"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500,"
"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54,"
Nurayuni juga sempat berkongsi kehidupan di UK yang baginya ok sahaja.
"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.
Sumber: SinarHarian
Blogger Comment
Facebook Comment