Propellerads

Tips Putihkan Baju Sekolah Anak

Tips Putihkan Baju Sekolah Anak


Sekarang ni dah nak sampai ke hujung musim persekolahan, tinggal beberapa bulan lagi sesi persekolahan tahun ini akan tamat.

Sudah tentu baju sekolah anak-anak yang putih dulu kini dah 'tak putih' malah mungkin ada yang bertukar kekuningan dan berkeladak.

Apatah lagi budak-budak sekolah rendah yang kuat main dan tak beberapa kisah tentang pakaian mereka.

Sebagai ibu atau bapa, tentu pening dengan baju sekolah anak yang kotor.

Ini sedikit petua dari laman facebook yang boleh dikongsikan bersama.

Ibu yang membasuh boleh guna tips ini:

1) Rendam dengan clorox setengah jam, sental dengan sabun mandi. Kalau bau clorox tak hilang, rendam dalam pelembut kain & bilas.

2) Rendam baju sekolah dalam air sabun + baking soda selama setengah jam. Kemudian sental & boleh masukkan ke dalam mesin basuh.

3) Jangan lupa nilakan baju anak Anda supaya x nmpk sgt kekotoran, bahkan nmpk macam baru beli

4) Rebus air hingga mendidih. Kemudian masukkan cecair detergent. Rendam baju semalaman, esoknya bilas.

5) Ramas buah mengkudu hingga berbuih di dalam baldi berisi air sabun. Rendam baju semalaman & bilas esoknya.

6) Sental baju menggunakan sabun Cap Kapak. Kalau dulu sabun ni warna hijau, sekarang dah tukar warna kuning. Murah & berkesan.

Selamat mencuba!

sumber:D Hyrich Baby N Kidz Store

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment