Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat - PM Najib
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan ada pihak cuba mengelirukan rakyat dengan menyalahkan kerajaan semata-mata apabila kenaikan harga barang berlaku.
PM Najib telah menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan hanya menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.
Antara contoh jalannya ialah kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini, seperti yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com.
PM Najib juga berkata, kerajaan juga sedang meneliti angkah-langkah bersesuai yang perlu dan mampu diambil serta telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.
PM Najib juga menekankan adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.
Antara faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara adalah susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
Ini komennya:
"Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.
"Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi," katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbatas lah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.
Najib berkata, sama keadaannya dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan negara apabila pendapatan negara berkurangan.
Perdana menteri berkata kedua, kesan daripada pendapatan negara yang berkurangan, pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
Keadaan itu, katanya mengakibatkan prestasi Ringgit menguncup, dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.
"Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak,"
Sumber:-Bernama
Blogger Comment
Facebook Comment