Propellerads

Datuk Seri Vida Dicadang Untuk Taja Pasukan Bola Sepak Kelantan

Datuk Seri Vida Dicadang Untuk Taja Pasukan Bola Sepak Kelantan


Usahawan popular, Datuk Seri Vida kini menjadi sebutan peminat-peminat bolah sepak Kelantan yang mahukan pengasas produk kecantikan itu menyelamatkan masalah kewangan The Red Warrior.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini mempunyai masalah kewangan sepanjang tahun ini dalam urusan perbelanjaan pasukaan.

Nama Datuk Seri Vida membanjiri ruangan komen Instagram rasmi The Red Warrior Fan Club, selepas petikan kenyataan daripada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menawarkan sesiapa yang mahu memimpin persatuan tersebut dimuatnaik.

Nampaknya Datuk Seri Vida yang juga berasal dari Kelantan, disukai fans kelantan dan dikatakan mampu membantu menaikkan semula kemampuan KAFA dari segi urusan perbelanjaan pasukan.

Rasanya marketing dan jenama The red Warrior pun akan mencanak naik jika Dato Seri Vida taja pasukan itu.

Tetapi minatkah Dato Seri Vida dengan dunia bola sepak?
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment