Propellerads

"Mengapa Peniaga Kota Raya Yang Menipu Tak Ditangkap?" - PPIM

"Mengapa Peniaga Yang Menipu Tak Ditangkap?" - PPIM


Memang betul-betul menakjubkan kerana tiada seorang pun peniaga telefon di Kota Raya ditahan polis walaupun telah jelas lagi bersuluh mereka menipu pelanggan malah bertindak melampau dengan mengurung mangsa.

Ini laporan dari MalaysiaKini:

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mempersoalkan mengapa tiada satu pun peniaga Kota Raya yang didakwa menipu pelanggan mereka telah ditangkap.

Sebaliknya, aktivis NGO itu, Muhammad Yusuf Azmi pula ditangkap kerana cuba membantu mangsa-mangsa yang ‘ditipu’ itu.

Ini keluhan dari Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan,

"Saya ingin bertanya kepada polis, mengapa orang yang ditangkap itu adalah mereka yang cuba untuk membantu?

"Ini satu perkara sangat pelik yang tidak sepatutnya berlaku," 

Datuk Nadzim menegaskan bahawa peniaga Kota Raya seolah-olah mempunyai beberapa kekebalan kerana tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dengan dakwaan mereka menipu dan mengurung pelanggan.

Yusuf merupakan ketua Unit Tindakan Khas PPIM mendakwa semua mangsa telah memberikan kenyataan kepada pihak polis tetapi belum ada seorang pun peniaga di Kompleks Kota Raya iyu ditangkap.

Katanya lagi, beliau percaya terdapat komplot di sebalik apa yang berlaku.

"Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu," 

"Saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, mengapa sehingga kini tidak ada seorang pun (peniaga Kota Raya) ditangkap?

"Kita semua telah memberikan kenyataan," 

Yusuf pada mulanya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 24 Disember untuk memberi keterangan mengenai pergaduhan di kompleks itu awal minggu lalu.

Selepas memberikan kenyataan, beliau ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Polis memohon tahanan reman selama tujuh hari, kata Yusuf sambil menambah bahawa beliau juga diberitahu bahawa tahanan reman selama tujuh hari lazimnya dikhaskan untuk mereka yang dituduh dengan jenayah yang serius.

Hakim bagaimanapun menolak permohonan itu.

Yusuf mendakwa dia hadir di Kompleks Kota Raya untuk menemani pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perintah bayaran balik daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, dia tidak agresif ketika berurusan dengan peniaga-peniaga di Kota Raya dan berjaya membantu pelanggan yang tidak berpuas hati mendapatkan sejumlah bayaran balik RM11,900 dengan memulangkan 12 telefon bimbit.

Menurutnya, akaun YouTube PPIM juga mempunyai bukti video urusannya dengan para peniaga berkenaan yang juga telah ditonton oleh pihak polis.

"Anda boleh rujuk kepada video. Saya tidak bersikap agresif atau kasar.

"Tidak ada isu-isu perkauman sama sekali,"

Menegaskan bahawa isu Kota Raya bukan berkaitan dengan perkauman tetapi bagi menegakkan hak pengguna, Yusuf berkata, rakyat pelbagai kaum ditipu oleh peniaga-peniaga di Kota Raya.

Satu perbalahan tercetus di Kompleks Kota Raya pada 20 Disember lalu, berikutan sekumpulan pelanggan yang tidak berpuas hati dan Yusuf yang menghampiri peniaga yang didakwa menipu mereka.

Pergaduhan itu menyaksikan dua peniaga dan pekerja cedera dan beberapa premis dilaporkan rosak.

Walau bagaimanapun, PPIM menegaskan bahawa pergaduhan itu dicetuskan oleh kumpulan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan mereka.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment