'PAS Kena Lupakan Laksana Hudud Jika Mahu Sertai BN' - Pemuda MCA
MCA sedia menerima penyertaan PAS dalam Barisan Nasional (BN) dengan syarat parti itu perlu mendukung ideologi dan perjuangan BN.
Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon antara lain menekankan, tidak ada pelaksanaan hukum hudud dalam perjuangan BN.
Ini komennya:
KENA TERIMA TERIMA IDEALOGI BN
"Mana-mana parti politik yang ingin memasuki BN sebagai komponen parti harus menerima ideologi BN dan dalam ideologi BN tidak ada perjuangan untuk melaksanakan hudud di negara ini. Itu jelas,"
"Selagi PAS boleh menerima idealogi dan perjuangan Barisan Nasional, ini bukanlah perkara tidak mungkin bagi PAS bersama BN atau UMNO.
"Pernah berlaku dalam 70an, PAS menjadi sebahagian komponen parti dalam BN. Jadi ini adalah pakatan politik,"
TINGKAT PELUANG BESAR
Chong juga tidak menolak kehadiran PAS dalam BN juga dapat meningkatkan peluang kemenangan lebih besar di negeri-negeri kubu kuat pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
"Dari segi politik, kalau PAS menyertai BN kita boleh ambil kembali Kelantan, lebih kuat di Terengganu, Kedah, Perlis dan juga kesatuan ummah Melayu dan Muslim.
"Apa kita ingin capai adalah ketenteraman keamanan dan pertumbuhan ekonomi baik untuk negara dan kesejahteraan rakyat. Prinsip BN masih lagi mendukung kepelbagaian. Kita menghormati pelbagai kaum, agama dan aliran pendidikan. Itu adalah asas prinsip kita,"
"Bukan sahaja PAS banyak lagi parti-parti yang ingin menyertai BN tetapi dalam prinsip BN setiap komponen parti perlu bersetuju untuk menerima mana-mana parti dan itupun PAS tak cakap nak masuk cuma UMNO kata nak kerjasama dengan PAS,"
Sumber: Awani
Blogger Comment
Facebook Comment