Ini Komen Menteri Tentang Isu Serpihan Dijumpai Di Thailand
Melalui satu kenyataan dari Menteri Pengangkutan, kerajaan menyifatkan penemuan serpihan di sebuah pantai dekat selatan Thailand yang didakwa sebagai serpihan pesawat MH370 hanyalah spekulasi semata-mata.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak Jabatan Penerbangan Awan (DCA).
Ini komennya: (SinarHarian)
"Buat masa ini ia hanya spekulasi semata-mata. Saya minta orang ramai jangan sebarkan berita tidak benar,"
Beliau berkata demikian ketika menyambut ketibaan penumpang sulung AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi kira-kira jam 10.35 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi.
Menurutnya lagi, lokasi pencarian bangkai pesawat MH370 masih tertumpu dilokasi lama.
Blogger Comment
Facebook Comment