Kelantan (KAFA) Setuju Dengan Syarat Datuk Vida
Melalui satu laporan terkini dari mStar, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dikatakan telah bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Vida.
Perkara itu didedahkan Datuk Vida sendiri ketika dihubungi oleh wartwan mStar Online.
Menurut Datuk Vida, persetujuan tentang syarat itu dimaklumkan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu. Difahamkan Annuar kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.
Bagaimanapun, Dr Vida tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perjanjian tajaan itu. Dikatakan Kafa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada Ahad.
MESEJ DARI TAN SRI ANNUAR:
"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu,"
"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa,"
DIKRITIK HEBAT
"Saya sudah lali (dikritik)... dari dulu lagi dah kena macam ni. Saya tak terguris hati," katanya.
"Sebenarnya walaupun saya perempuan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad ini. Saya punyai cita-cita besar untuk menyemarakkan bola sepak di Kelantan. Saya mahu lakukan perubahan dari peringkat akar umbi,"
TENTANG GAMBAR VIRAL STADIUM PINK
"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu,".
Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.
Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Namun, syarat yang ditetapkan tersebut mendapat kritikan dikalangan penyokong pasukan itu yang menyifatkan ia sebagai tidak sesuai dengan imej garang Kelantan.
Blogger Comment
Facebook Comment