Propellerads

Kenali Virus Zika

Kenali Virus Zika



Virus Zika diklasifikasikan  sebagai satu jenis virus baru, dan para sainstis  sedang memahami asas-asasnya, termasuk cara pencegahan, merawat dan mendiagnosis ancaman virus Zika, virus bawaan nyamuk.

Wanita mengandung  disaran agar tidak  berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean yang menunjukkan peningkatan dalam kejadian iaitu:

1) 'Microcephaly'.
Bayi yang lahir dengan kepala atau otak mengecil

2)  'Sindrom 'Guillain-Barre'
Gejala masalah saraf

Virus ini telah merebak secara pantas pada tahun  kebelakangan ini dan telah menyebabkan kerosakan otak bayi.

Juga dilaporakan belum ada  vaksin di pasaran terhadap virus denggi, ia juga berasal dari keluarga 'flaviviruses' yang sama.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, virus itu boleh merebak  sehingga empat juta orang di Amerika. Tanda dan gejalanya sukar dikesan selain ketiadaan ujian tepat  yang boleh digunakan," katanya. 

Virus Zika dikatakan telah merebak di 22 buah negara. Antaranya ialah  Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S.Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Tanda-tanda virus itu hanya menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi tapi  tidak menyebabkan kematian, walaubagaimanapun  ia dikaitkan dengan kejadian "microcephaly" iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre".

"Microcephaly" memang bahaya kerana ianya ialah  kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi tumbesaran  bayi sehingga dewasa.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment