Kenyataan Rasmi Mukhriz Mahathir Apabila Didesak Letak Jawatan
Heboh apabila satu sidang media tergempar melibatkan beberapa pemimpin UMNO Kedah yang mendesak Menetri Besar Kedah iaitu Mukhriz supaya meletak jawatan.
Baca laporan tentang sidang media itu DI SINI.
Ini kenyataan rasmi dari pihak Muhkriz:
"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri."
"Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13,"
"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,"
Sementara itu, orang ramai dan penyokong anak Tun Mahathir ini berkumpul diperkarangan Bangunan Tunkun yang merupakan ibu pejabat UMNO Kedah untuk menyatakan sokongan kepada Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar.
Blogger Comment
Facebook Comment