Propellerads

Kerana Jersi Kelantan, Datuk Vida Akan Saman RM1 Juta

Kerana Jersi Kelantan, Datuk Vida Akan Saman RM1 Juta


Hanya kerana jersi pasukan bola sepak Kelantan, penaja utama, Datuk Seri Vida akan menfailkan saman sebanyak RM1 juta.

Datuk Seri Vida atau nama penuhnya, Hasmiza Othman memberi amaran keras ini khas kepada mereka yang ingin menciplak jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Dengan ini penjualan jersi tak original atau fake bakal akan sentiasa dalam pemerhatian pihak Datuk Vida supaya peminat membeli hanya yang original.

Tindakan saman sehingga RM1 juta akan dikenakan terhadap pihak yang cuba meniru logo rasmi pasukan, termasuk nama produknya seperti Pamoga.

Datuk Vida juga berkata, gambar jersi baru pasukan itu tidak dipamerkan di media sosial sehingga ia dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Ini komennya:

“Saya akan lancarkan dua versi jersi dengan 20,000 helai akan dikeluarkan untuk edisi pertama pada 12 Februari nanti.

“Jersi tradisi Kelantan merah-putih akan digunakan bagi perlawanan tempat sendiri. Jersi merah jambu-hitam dan biru-putih pula akan digunakan di tempat lawan,” 

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment