Pasangan Clash of Clans, Berkenalan Di COC Sampai Ke Jinjang Pelamin
Memang tak disangka hanya dengan bermain Clash Of Clans boleh bertemu jodoh. Ye lah kalau dah jodoh tak ke mana kan. Jodoh kan ketentuan Tuhan.
Ini merupakan 2 kisah percintaan bermula dari COC sehinggalah mereka berkahwin. Jom baca kisah pasangan ini.
Cinta Ezzaty Dan Hafez
Kerana bosan, Nurul Ezzaty Zakaria mula bermain permainan Clash of Clans (COC) di handphone, tetapi tidak sangka akan bertemu jodoh dengan suaminya yang juga peminat permainan itu.
Mengenang kembali, Nurul Ezzaty berkata, dia mula bermain COC kira-kira dua tahun lalu di bawah kumpulan ‘Ganu Warrior’.
Wanita berusia 24 tahun itu berkata, kumpulan itu ditubuhkan adik-beradiknya yang juga peminat permainan berkenaan, sebelum ia turut disertai rakan-rakan mereka.
Ahli kumpulan itu kemudian semakin bertambah menjadi 30 orang termasuk suaminya, Muhammad Hafezdin Rameli. Hafez asuk clan itu pada Januari 2014.
Ini komennya:
“Semua orang menggunakan nama samaran yang pelik dan kami tidak terkecuali. Saya menggunakan nama ‘Katniss Everdeen’ yang diambil sempena nama watak heroin dalam permainan ‘Hunger’ manakala suami pula ‘Afezdean’.
“Walaupun berada dalam ‘clan’ yang sama, kami tidak bertegur sapa sehinggalah saya meminta bantuan ahli untuk memberikan ‘naga’ bagi melancarkan serangan terhadap musuh, malangnya diberi toyol oleh suami,”
Anak bongsu daripada 14 beradik itu berkata, pada mulanya dia marah kerana permintaannya mahukan naga tidak dipenuhi.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, ketua ‘clan’ mewujudkan kumpulan WhatsApp menyebabkan mereka semakin mengenali antara satu sama lain.
“Pada masa itu, kami sering mengejek antara satu sama lain kerana sikapnya yang gemar mengusik sehinggalah dia memohon maaf menerusi mesej peribadi,”
Sejak itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing selama kira-kira tiga bulan dan selepas itu Hafez mengambil keputusan untuk merisik sebelum mereka dinikahkan pada 22 November lalu.
“Bagi saya, jodoh sememangnya sudah ditentukan Allah dan COC hanya sebagai ‘asbab’ saja, mungkin sudah tertulis cara perkenalan kami begitu,” katanya.
Cinta Syafiq Dan Huda
Sementara itu, seorang lagi peminat COC, Muhamad Syafiq Murat, 26, dan pasangannya, Ashratul Huda Mohd Yazid, 24, masing-masing dari Perak berkata, mereka juga tidak mengenali satu sama lain sebelum menyertai COC.
Kakitangan swasta itu berkata, menerusi kumpulan ‘Taiping Silver’, mereka mula berkenalan menerusi ruang sembang di COC dan bertukar ke aplikasi WhatsApp kira-kira setahun sebelum melangsungkan perkahwinan pada 7 November lalu.
Sumber: Harian Metro
Blogger Comment
Facebook Comment