Penumpang Trauma Pesawat Menjunam 24,000 Kaki
Detik cemas semua penumpang apabila pesawat itu menjunam 24,000 kaki dalam masa hanya lima minit.
Seorang penumpang yang terkejut dan masih trauma dengan insiden itu menceritakan detik cemas apabila pesawat Air Canada dalam penerbangan 549 mengalami masalah tekanan udara sehingga terpaksa membuat pendaratan cemas.
Semasa kejadian, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari New Jersey ke Vancouver pada malam Jumaat. Apibila tekanan udara di dalam kabin merosot ia telah menyebabkan topeng oksigen dikeluarkan secara automatik.
Amaran kecemasan diisytiharkan oleh juruterbangdan dengan pantas mejunamkan pesawat secara mendadak dari paras 34,000 kaki kepada 10,000 kaki dalam masa lima minit.
Kapal terbang itu kemudiannya dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto. Jurucakap Air Canada, Angela Mah berkata, tiada sebanrang kecederaan penumpang dilaporkan dalam pesawat yang membawa 107 orang itu.
Blogger Comment
Facebook Comment