Produk Vida Beauty Mengandungi Merkuri (Racun Berjadual)
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu kenyataan agar pengguna mengelak menggunakan satu produk keluaran Vida Beauty yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri.
Produk itu ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K dan pihak kementerian menasihati orang ramai tidak membeli produk berkenaan.
Malah produk tersebut tidak lagi dibenarkan jualannya di Malaysia dan mesti ditarik balik dalam tempoh 72 jam.
Menurut KKM, mereka melalui Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan daripada pengguna yang dikatakan mengalami tinnitus dan keguguran rambut selepas menggunakan produk berkenaan.
Hasil maklumat berkenaan, BPFK telah membuat persampelan dan menguji di mana didapati QU Puteh Whitening Pro 9 mengandungi "Merkuri" dengan paras yang agak tinggi.
Berikut adalah kenyataan penuh KKM
Blogger Comment
Facebook Comment