Restoran Diberi Notis Tunjuk Sebab: Jual Milo Ais Lebih RM5
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor telah membuat serbuan terhadap kedai makananan di Shah Alam.
Pegawai KPDNKK telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya di sini yang mengenakan harga minuman tinggi kepada pelanggannya.
Penolong Pengarah Kanannya, Yusof Bakar berkata notis itu di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan telah dikeluarkan ketika membuat pemeriksaan harga di dua buah premis.
Ini komennya:
“Kedua-dua restoran itu didapati mengambil keuntungan berlebihan. Sebuah restoran didapati mengenakan milo ais pada harga RM5.90 sementara sebuah lagi restoran mengenakan milo ais pada harga RM6.70 dan air suam RM0.80.
“Di bawah notis ini, kedua-dua pengusaha restoran diberi tempoh seminggu untuk beri penjelasan dan jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan,”
Oleh itu, beliau telah menasihatkan pengguna supaya berwaspada dan berhati-hati berbelanja di restoran yang mengenakan harga makanan atau minuman yang tinggi.
Juga sila laporkan jika terdapat harga makanan dan minuman yang disykai terlalu mahal
Sumber: BERNAMA
Blogger Comment
Facebook Comment