Propellerads

Sidang Media: UMNO Kedah Umum Tolak Mukhriz

Sidang Media: UMNO Kedah Umum Tolak Mukhriz


Ini satu berita baru, Umno Negeri Kedah hari ini secara terbuka tampil menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Satu sidang media telah diadakan yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar.

Mereka telah menggesa campur tangan dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.

Kata Ahmad Bashah, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Najib membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Ini komennya:

"Seluruh pimpinan dan wakil rakyat Uumno Kedah berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

"Beliau gagal untuk menyatupadukan Umno dan jentera parti di semua peringkat, selain tiada sebarang perancangan strategik untuk menghadapi PRU ke-14," 

Antara yang hadir pada sidang media itu adalah:

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai)
- Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu)
- Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling)
- Datuk Md Rozai Safian (Pendang).
- Ketua Pemuda, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin
- Ketua Wanita, Datuk Maznah Abd Hamid
- Ketua Puteri, Datin Norhashimah Md Nowar.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment