Propellerads

"Toleh Belakang, Tengok Troli Dengan Anak Dah Hilang"

"Toleh Belakang, Tengok Troli Dengan Anak Dah Hilang"


Ini satu lagi kes cubaan menculik kanak-kanak berlaku di Malaysia.

Melalui perkongsian seorang kakak, ibunya melalui detik paling menakutkan apabila adiknya tiba-tiba hilang ketika membeli belah di sebuah pasar raya.

Adik lelakinya yang diletakkan di dalam troli hilang bersama barang-barangnya.

Ini perkongsiannya:

Benda yang paling takut jadi ,terjadi tadi kat mami saya ..cerita dia camni ..dalam pukul 2.30 tadi, mami saya ke NSK KUCHAI LAMA dengan adik lelaki saya, Adam.

Biasa la Adam memang suka duduk dalam troli sambil makan, mami letak Adam di tepi dia, tak jauh la, biasa la orang ramai kt nsk tu.

Masa mami tengah pilih ikan, mami dengar Adam panggil "mami ! mami !" dua tiga kali maybe mami tak dengar kot.

Bila mami pandang belakang Adam dah takde dgn troli banyak dengan barang, mami apa lagi menjerit la panggil nama Adam.

Dalam masa sama, mami terus ke customer service suruh security jaga kat semua pintu masuk dan keluar.

Alhamdulillah akhirnya oarngg jumpa Adam dekat tepi kaunter keluar. Jauh jugak la dari tempat mami letak Adam tu.

Maybe orang tu tak sempat nak bawa Adam keluar kot, ye la nk keluar mcm mana dlm troli banyak barang, mesti kena bayar dulu.

Petang ni mami akan ke NSK KUCHAI LAMA untuk tengok balik cctv siapa yg tolak troli tu, so hati-hati semua ..

Schazwaney Sara
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment