Propellerads

(Batal Penerbangan) Rayani Air Buat Keputusan Tepat, Nyawa Penumpang Dalam Bahaya

Rayani Air Buat Keputusan Tepat, Nyawa Penumpang Dalam Bahaya


Rayani Air baru-baru ini menjadi tumpuan apabila membatalkan penerbangan dan para penumpang menimbulkan kekecohan di Langkawi akibat terkandas.

Rayani Air sebenarnya telah membuat keputusan tepat membatalkan dua penerbangan semalam akibat kerosakan cermin kokpit demi keselamatan penumpang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata syarikat penerbangan bertanggungjawab membatalkan penerbangan sekiranya berlaku sebarang kes kerosakan pesawat.

Ini komennya:

"Syarikat terbabit membuat tindakan betul apabila membatalkan penerbangan yang dikatakan akibat kerosakan cermin kokpit," 

Beliau diminta mengulas laporan Rayani Air terpaksa membatalkan dua penerbangan dari Langkawi dan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2), semalam akibat cermin kokpit rosak.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata, DCA sedang menunggu laporan rasmi daripada syarikat penerbangan terbabit berhubung pembatalan berkenaan.

Sebenarnya bagus juga, kalau berlaku kemalangan, siapa yang susah?

Sumber: BH
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment