Propellerads

"Dia memang patut kena buang" - Nazri Aziz Tempelak Mukhriz Mahathir

"Dia memang patut kena buang" - Nazri Aziz Tempelak Mukhriz Mahathir


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat kenyataan yang menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ini kerana Mukhriz sebelum ini mendakwa dirinya mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak, lapor Free Malaysia Today.

Nazri juga menyifatkan kenyataan sinis Mukhriz terhadap Ahmad Bashah sebagai kebudak-budakkan dan berkelas rendah.

Ini komen Nazri:

"Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi? Sistem di sini bukan sistem seperti di Amerika yang Barack Obama bertanding di atas namanya sendiri. Mana ada kajian yang menunjukkan dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

"Janganlah perasan sangat. Kenyataan sinis Mukhriz pada Bashah agar tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB esok juga berniat jahat, bersifat peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakkan.

"Dia memang patut kena buang kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki," 

Sumber: FMT
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment