Propellerads

Isteri Dibelasah Suami Kerana Gambar Bayi Di FB Telah Di Tag Dengan Seorang Dato'

Isteri Dibelasah Suami Kerana Gambar Bayi Di FB Telah Di Tag Dengan Seorang Dato'


Seorang wanita Malaysia yang menetap di Singapura mendakwa dirinya dipukul oleh suaminya sendiri hanya kerana gambar bayi mereka ditag dengan nama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Pada 30 Januari, Stella Ooi menceritakan bahawa gambar anaknya ditag dengan nama "SH Dato Lee", tapi dia tidak mengenali individu terbabit.

Tetapi suaminya yang cemburu terus memukulnya dan membuat tuduhan yang salah ke atasnya. Suami wanita malang ini mendakwa dia mempunyai hubungan dengan SH Dato Lee.

Ini komennya:

"Sesiapa sahaja boleh tag gambar di Facebook! Kerana ini saya dipukul oleh suami saya".

Akibat dipukul, terdapat dua kesan retakan di kepalanya dan pekak telinga kanan selain beberapa lebam di tangan dan kaki. Gambar dirinya teruk dipukul kini menjadi viral.

Akibat kejadian itu, Ooi  telah membuat laporan polis mengenai kejadian dan dia tidak bersama suaminya lagi.

Pada 4 Februari, dia Ooi menulis bahawa lukanya telah banyak sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.






Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment