Selagi Najib Ada, Umno Semakin Lemah - Mukhriz
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Dengan beraninya, Mukhriz Mahathir berkata PM Najib Razak hanya akan melemahkan UMNO.
Mukhriz juga sempat menyatakan terdapat amalam kebudak-budakan di Perhimpunan Agong UMNO seperti tidak boleh sebut nama ayahnya Tun Mahathir.
Ini komennya:
“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini
“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,”
“Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden,"
“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.
“Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak mendengar perbahasan itu secara langsung,"
Sumber: Sinar
Blogger Comment
Facebook Comment