3 AHLI KUMPULAN 'ANONYMOUS' DITAHAN
Baru-baru ini telah tersebar video ugutan dari pihak Anonymous untuk menyerang dan menggodam web milik kerajaan pada hujung bulan ini.
Melalui satu laporan dari Berita Harian, tiga orang suspek remaja lelaki telah ditahan ekoran video ugutan tersebut.
Tiga ahli kumpulan 'Anonymous' tempatan yang dipercayai bertanggungjawab mengugut mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan sebelum ini, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru.
Mereka berusia 18 hingga 21 tahun yang turut menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebelum esok, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, hasil risikan bersama CyberSecurity Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).
Polis turut merampas peralatan komputer dan komunikasi, karaera, komputer riba, tablet, telefon bimbit, pemacu data, modem serta topeng digunakan suspek dalam rakaman video ugutan berdurasi lapan minit yang tersebar dalam laman Facebook pada 9 Ogos lalu.
Sumber: Berita Harian
Baca laporan penuh (KLIK GAMBAR DI BAWAH)
Blogger Comment
Facebook Comment