Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Tak Sertai BERSIH 4.0
Sebentar tadi secara rasmi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Bekas Setiausaha Politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan penyebaran berita mengenai penglibatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung hari ini.
Melalui satu kenyataan yang dimuatnaik melalui Facebook milik Muhyiddin sebentar tadi, Mohd Nardin memberitahu Muhyiddin kini berada di luar negara.
Katanya lagi, Muhyiddin tidak pernah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Sebelum ini, Anak Muda Harapan Baru ada menjemput Muhyiddin untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Bersih 4.0 dijadualkan berlangsung hari ini di Kuala Lumpur bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan: pilihanraya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan selamatkan ekonomi.
Ini kenyataan media rasmi:
"PENAFIAN PENGLIBATAN TSMY DALAM PERHIMPUNAN BERSIH"
Merujuk kepada berita yang tersebar di media sosial bahawa YB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0., adalah dimaklumkan bahawa berita tersebut palsu, berniat jahat dan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
YB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin tidak pernah menyatakan persetujuannya melalui mana-mana mantan Setiausaha Politik beliau untuk menyertai perhimpunan Bersih dan tiada sebarang komunikasi dibuat antara mana-mana mantan Setiausaha Politik beliau dengan pihak penganjur Bersih seperti yang didakwa.
Sementelahan pula beliau berada di luar negara pada tarikh perhimpunan Bersih diadakan. Sekian, terima kasih.
Datuk Hj Mohd. Nardin Hj Awang
Mantan Setiausaha Politik kepada YB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin,
29 Ogos 2015
Blogger Comment
Facebook Comment