Propellerads

Ahli UMNO Saman PM Najib Hilang Keahlian

Ahli UMNO Saman PM Najib Hilang Keahlian


Keahlian wanita yang menyaman PM Najib iaitu Anina Saadudin sebagai ahli UMNO gugur secara automatik.

Ini selepas tindakannya memfailkan saman terhadap Presiden parti yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar memberitahu tindakan Anina menyaman dan mengheret Presiden UMNO ke mahkamah melanggar Perlembagaan parti.

Untuk pengetahuan, Anina merupakan Ahli UMNO cawangan Padang Mat Sirat, Langkawi.

Ini komen dari Bung:

“Tidak perlu dipecat, keahlian dia (Anina) akan tergugur secara automatik.

“Dia membawa ke mahkamah maka dia akan kehilangan hak, sebab Perlembagaan kita jelas, mana-mana ahli tidak boleh membawa isu UMNO ke mahkamah,” 

“Tidak elok isu parti disuarakan secara terbuka, apabila dibuat secara terbuka ia memberi peluang kepada musuh politik menjahanamkan parti kita sendiri,” 

“Nasihat saya gunalah saluran yang betul untuk mengkritik parti, apa yang dilakukan (Anina) tidak dapat menyelesaikan isu yang dibangkitkan bahkan akan menambahkan lagi kemelut yang berlaku.

“(Dan) .. itu boleh membantu mengurangkan keraguan kepada penyokong UMNO, bukan ahli yang berada di atas pagar,”

Sumber: FreeMalaysiaToday
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment