Propellerads

Pentadbiran PM Najib Paling Bermasalah

Pentadbiran PM Najib Paling Bermasalah


Datuk Mustafa Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas, berkata, sepanjang 40 tahun beliau menceburi bidang politik, pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak paling membawa masalah kepada negara.

Katanya lagi, masalah itu bukan sahaja berkaitan dengan masalah politik sahaja, tetapi melibatkan juga masalah sosial dan ekonomi negara.

Ini komen Mustafa Ali:

"Saya terlibat dalam politik lebih 40 tahun. Saya pernah melihat bagaimana negara berhadapan dengan kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998, tetapi tidak teruk seperti sekarang.

“Kalau dilihat ketika ini pentadbiran kerajaan bukan sahaja menghadapi masalah politik tetapi terkait sekali masalah ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat,” 

"Sejak (Allahyarham) Tun Abdul Razak hinggalah Tun Dr Mahathir Mohamad, saya rasa inilah masalah paling besar yang dihadapi negara (masalah pentadbiran)," 

"Lagi teruk apa yang kita hadapi ini bukan sahaja soal persepsi dalam negara tetapi  melibatkan persepsi luar terhadap kita dan isu kejatuhan mata wang ringgit yang berterusan.

"Belum pernah sebelum ini mata wang kita serendah sekarang iaitu hampir bersamaan AS$4 berbanding RM1. Adakah sampai nilai ringgit akan turun sehingga AS$5? Minta tidak sampai ke situ.

“Selain itu belum pernah kita lihat di mana Perdana Menteri campur tangan secara terang terangan dalam institusi negara yang penting seperti Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, pihak bank dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),"

"Banyak orang cakap bawah sampai atas mengenai perkara ini....ada orang cakap undi tidak percaya di dalam Parlimen (untuk mendesak Najib lepas jawatan)," 

Sumber; SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment