Propellerads

Sultan Johor Bagi Amaran Keras Kepada 2 Ahli Politik Termasuk Nazri Aziz

Sultan Johor Bagi Amaran Keras Kepada 2 Ahli Politik


Sultan johor, Sultan Ibrahim hari ini telah bertitah dan memberi amaran kepada ahli politik yang cuba mengaitkan politik dengan pihak istana.

Baginda telah menasihatkan ADUN Kempas iaitu Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga telah memberi amaran keras kepada menteri yang dilabel tak beradab iaitu menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “whack” Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Ini titah Sultan Johor:

PETIKAN TITAH UCAPAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL, DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN JOHOR.

1. SEBAGAIMANA TELAH SAYA TEGASKAN DAHULU, BAHAWA SAYA TIDAK AKAN MENCAMPURI URUSAN MANA-MANA PARTI POLITIK.

WALAUPUN BANYAK PEMIMPIN POLITIK YANG DATANG BERJUMPA SAYA, SAYA HANYA MENDENGAR CERITA MEREKA DAN TIDAK AKAN MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PARTI ATAU INDIVIDU.

2. APA YANG SAYA PENTINGKAN ADALAH KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT SAYA DAN KEMAKMURAN NEGERI JOHOR MESTI DIJAGA MELALUI PERPADUAN DAN PENGUKUHAN MUAFAKAT BANGSA JOHOR.

3. OLEH ITU SUKA SAYA NASIHATKAN DI SINI KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, ANTARANYA ADUN KEMPAS, SUPAYA JANGAN MENCAMPURI URUSAN ISTANA JOHOR ATAU CUBA MEMBUAT KENYATAAN YANG MENGAITKAN PIHAK ISTANA.

4. ADA JUGA PEMIMPIN KERAJAAN YANG LANGSUNG TIDAK BERADAB APABILA BERCAKAP, DENGAN MELABELKAN ORANG LAIN SEBAGAI ORANG GILA; DAN LEBIH TERUK LAGI DENGAN ANGKUH DAN SOMBONG HENDAK “WHACK” ANAKANDA SAYA. ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI PATUT DIHORMATI? INGATLAH PEPATAH MELAYU SERING MENYEBUT “KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA”.

5. SAYA AKAN TERUS MEMASTIKAN NASIB RAKYAT SAYA SENTIASA TERBELA. KERAJAAN MESTILAH BERSIKAP TELUS DAN BERTERUS TERANG KEPADA RAKYAT KERANA DALAM DUNIA MODEN HARI INI, TIDAK ADA APA YANG BOLEH DISEMBUNYIKAN.

PERIBAHASA CINA ADA MENYEBUT “GUNI TIDAK DAPAT SOROK TUKUL, KERTAS TIDAK DAPAT BALUT API”.

6. MARILAH KITA BERDOA KEHADRAT ALLAH S.W.T. SEMOGA NEGERI JOHOR AKAN TERUS AMAN DAN MAKMUR DAN SEMUA RAKYATNYA DIKURNIAKAN RAHMAT DAN KETABAHAN UNTUK MENGHARUNGI APA JUGA CABARAN DENGAN SEMANGAT PERPADUAN DAN MUAFAKAT.

DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment