Propellerads

Ahli UMNO Fail Saman Ke Atas PM Najib Razak

Ahli UMNO Fail Saman Ke Atas PM Najib Razak


Seorang ahli Umno memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Ainina Saadudin, 40, selaku plaintif yang memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kedua.

Melalui penyata tuntutannya, Ainina mendakwa Najib sebagai pemegang amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan Umno dan peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu Ainina mendakwa, perdana menteri telah bertindak pecah amanah dan melanggar kepercayaan yang diletakkan kepada beliau sebagai pemegang amanah konstruktif Umno.
"Najib atau Majlis Tertinggi Umno telah bertindak ultra vires  dan melakukan 'fraud' terhadap ahli Umno,"dakwanya.

Sehubungan itu beliau menuntut perintah injunksi agar tindakan disiplin diambil terhadap defendan gantirugi dan kos.

Sumber: SinarHarian

Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:

1) Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;

2) Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;

3)Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

4) Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

5) Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;

6) Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;

7) Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan

8) Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.

Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri.

sumber: FreeMalaysiaToday
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment