Propellerads

Wanita Mengamuk Selepas "Sistem Down" Apabila Tiba Gilirannya Di Pejabat Pos

Wanita Mengamuk Selepas "Sistem Down" Apabila Tiba Gilirannya Di Pejabat Pos


Satu kejadian amuk telah berlaku di Bachok, Kelantan. Oleh kerana menunggu terlalu lama, seorang wanita mengamuk apabila sistem tergendala apabila tiba gilirannya.


Dikatakan semasa sampai giliran wanita itu, alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkannya telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar semalam.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang, seorang wanita berumur dalam inkungan 40 tahun telah beratur menggunakan nombor giliran untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Punca kemarahannya disebabkan pejabat pos berkenaan  hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter, tiba-tiba apabila sampai waktu gilirannya, dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk.

Wanita ini menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos itu seperti di dalam gambar.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.

Pos laju memang terkenal dengan pelbagai masalah dan aduan terutama masalah menunggu terlalu lama, sistem bermasalah, kaunter buka sedikit walhal banyak kaunter dibina dan barang pos laju lambat dan barang pos yang diterima pula rosak.



Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment