Polis Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Peserta Bersih - KPN
Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan akan mengambil tindakan tegas ke atas peserta demo Bersih 4 yang dijangka diadakan pada hujung minggu ini.
Polis ambil tindakan tegas kerana perhimpunan itu adalah "haram" kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.
Ini komennya:
"Berani buat berani tanggung, kalau masih kekal untuk langgar undang-undang, kita akan ambil tindakan,"
"Negara kita ini ada undang-undang, kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang (mengadakan perhimpunan), apa boleh kami buat.
"Kami ini penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang, Jangan marah polis kalau kami ambil tindakan sebab kami sudah bagi nasihat, sudah berunding, sudah beri pilihan, terima sahajalah akibatnya nanti,"
"Kita minta mereka tidak mengadakannya di kawasan terbuka seperti di (kawasan pusat beli-belah) Sogo dan Dataran Merdeka, kita sudah menjangka perkara sebegini, ada yang menentang, membantah.
"Kalau mereka adakan perhimpunan di stadium senang dikawal, tidak mengganggu peniaga, orang ramai dan lalu lintas,
Khalid mengulas tindakan penganjur Bersih 4 yang tetap meneruskan perhimpunan Bersih walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Sumber -BERNAMA
Blogger Comment
Facebook Comment