Propellerads

'Anak Aku Hampir Diculik Di Mahkota Parade Melaka!'

'Anak Aku Hampir Diculik Di Mahkota Parade Melaka!'


Ini merupakan perkongsian dari seorang ibu yang hampir-hampir kehilangan anaknya. Anaknya dikatakan nyaris diculik di sebuah pasar raya.


Kisah ini wajar dibaca dan dijadiakan pengajaran kepada semua ibu bapa agar lebih berhati-hati ketika membawa anak berjalan-jalan.

Jom ikuti luahan dan perkongsian ibu ini:

Apa aku nak cerita mungkin panjang lebar tp aku nk share jugak pglaman aku hilang anak! Please alert siapa yg ada anak seusia 2, 3 thn ke atas...pls pls pls klu kemana2 di mana2 korg pergi anak jgn lepas dr tgn dan lepas pandang.

Benda yg aku dgr sana sini dah terjadi pd aku. Benda ni terjadi dkt dlm mall (Mahkota parede) Melaka . Aku pergi holiday dlm 3 family . Sebelum nk gerak balik kami pakat2 singgah beli apa yg patut la (di Mahkota Parade).

Ok, anak aku sofea dia ni rapat sgt2 dgn wawan dia (ibu aku), so dia didukung dgn ibu. Sampai mall ibu turun dan pegang tgn dia spjg jln smpailah di 1 kios kami berhenti. Kios tu jual biskut la mcm2 so sofea dia nk biskut tu, ibu belikan, nk byar ibu lepas tgn dia. Dan aku dengan suami sibuk jugak nk membeli.

Anak aku memang klu ada wawan dia, papa dan mak dia mmg dia tak heran, tak smpai 5 minit kami sedar Opie dah takde dkt area tmpat kami berkumpul .

Aku mak budak hati mana yg nk tenang bila tanya mana opie semua tak tahu. Okay semua mula mencari aku dgn dukung adik baby aku pas dkt nenek yg paling dkt dgn aku. Bersungguh aku berlari cari anak aku, sorg demi sorg bagitahu ada perasan budak perempuan pakai reben hitam jln melulu pergi ke pintu keluar. Mulut aku tak benti menjerit panggil nama opie aku tk pk apa lantak org nk kata apa kepala lutut dah ketak mengigil 1 badan mata aku dah berkaca hati aku dah menangis.

Nak dekat pintu keluar tp aku tk jumpa lg byang anak aku smpi la mata aku tertumpu dkt sekumpulan perempuan dan salah sorg dr dorg tunjuk arah aku dan terus lambai aku nmpak opie dgn salah sorg dr mereka. Senyap, khayal tak nangis. Siapa yg kenal anak aku dia bukan spesis budak yg nk ikut2 org. Orang tegur say hai pun dia menjerit . Tp smlm bila aku jumpa dia nk amik dia dr akk tu aku ckp dgn dia opie kt mana ? 1 pun dia tak jawap smpai la aku tepuk muka dia 3kali dia tenung tajam kat aku terus sebut mama ..... dan nanges .

Ikut cite dr kakak yg jumpa dan tarik opie tu dia kata opie jln melulu ikut sorg perempuan cina 40an tak kedip mata dia dan kakak tu mmng tk sedap hati dgn apa yg dia tgk tu dia tarik opie.

Mungkin dia org yg Allah hantar utk selamatkan opie dan akk tu kata bila perempuan cina tu toleh belakang opie tk ada, muka dia berubah, dia terus lari keluar cepat2.

Tergerak hati kakak yg tolong opie dia tarik opie cepat2 dan dukung laaa tak terbalas budi rasanya sbb dia yg dah tarik opie. Yang makin pelik Opie mmg btl2 dlm keadaan tk sedar masa akk tu dukung akk tu kata dia tanya pun opie tk jawap. Tk lama lepas tu aku smpai area tmpat kejadian tu yg kawan dia lambai aku sbb dia tgk aku mmg tgh mencari.

TQ to kakak dan kawan2 dia yg prihatin dan tqsm Allah yg masih tolong aku. Jd apa yg aku nk ckp maybe opie di pukau klu tgk dr keadaan dia mcm tu. Aku kenal anak aku 200% tk mungkin dia nk ikut sesiapa dan jln tk tentu arah. Anak aku ni penakut, kuat menaggus kuat menjerit.

Pls yea jgn amik mudah dgn apa je yg kita buat kt mana2 pun korg yg ada anak tu alert sgt2 dgn keadaan sekeliling .

Skrg takyah culik cara kasar . Cara halus dorg bole dpt . Skrg cuma bergantung pada nasib je sama ada nasib baik atau nasik tk baik .

sumber: FB Nurul Suhaimi
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment