Propellerads

"Tiada siapa percaya, berhenti fikir rakyat bodoh" - Tun M

"Tiada siapa percaya" - Tun M


Tun Mahathir menyatakan tiada siapa yang percaya bahawa wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun PM Najib adalah wang derma dari negara arab.



Tun Mahathir juga mengatakan kenyataan "menderma kerana membendung IS" adalah penipuan kerana IS hanya bermula pada tahun 2014, manakala derma dapat pada 2013.

Tun M juga mengatakan berhentilah berfikir rakyat Malaysia ini bodoh.

Ini komen Tun Mahathir:

Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.

Tiada siapa percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan Islam.

Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?

Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.

sumber: Chedet
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment