Dana Lebih Selamat Jika Dalam Akaun PM
Melalui kenyataan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, dikatakan ahli Umno bersetuju dengan amalan sumbangan politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti.
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Ahli Majlis Tertinggi Umno) berkata, waktu dulu, sumbangan disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah dan ianya membawa kepada pelbagai kerumitan dan masalah.
Abdul Rahman berkata beliau dan ahli-ahli parti Umno yang lain kini berasa lebih yakin dengan dana disalurkan dalam akaun presiden kerana ia lebih selamat di sana.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia sememangnya merupakan perbuatan mulia dari penderma yang tidak mengenakan sebarang syarat apabila menderma dan menyamakan derma tersebut seperti kepada Palestin.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti.
"Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik Umno,"
"Malah adalah menjadi tanggungjawab presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.
"Mengapa saya tidak gembira jika presiden saya dibuktikan tidak bersalah.
"Malah jika beliau melakukan kesalahan tersebut, Allah melarang, tidak ada keperluan Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana ahli Umno sendiri akan mendedahkan isu ini,".
"Sebelum ini, wang disalurkan kepada pihak tertentu, mereka tertakluk kepada syarat dan ia menjadikan perjanjian tersebut tidak sah.
"Ia adalah sama seperti kita memberikan wang kepada warga Palestin dan Gaza kerana kita percaya dalam perjuangan,"
sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment