Guru Nekad Bakar Diri Sendiri Tertekan Akibat Diganggu Makhluk Halus
Oleh kerana terlalu stress dan tertekan, guru wanita ditemui rentung dikatakan akibat membakar diri sendiri di dalam kereta di perkarangan rumahnyadi Paya Dalam, Melaka, kira-kira 2 pagi semalam.
kereta terbakar |
Komen Bapa
Bapa mangsa berkata, dia tersedar dari tidur kira-kira jam 2 pagi apabila terdengar bunyi letupan dan terlihat kebakaran melalui tingkap.
Ini komennya:
“Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.
“Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu,”
Kenyataan Polis
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya.
Buat masa kini kes telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Tinggalkan Nota Tentang Gangguan
Menurut beberapa maklumat dari laman sosial, mangsa dikatakan telah mengalami gangguan makhluk halus.
Ini dikukuhkan lagi dengan gambar sepucuk tulisan yang dikatakan ditulis arwah sebelum membakar dirinya.
Ini nota tersebut:
“Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,”
nota ditnggalkan |
Takziah buat keluarga mangsa. Mari kita doakan dan sedekah Al Fatihah.
Blogger Comment
Facebook Comment