Propellerads

Gadis Guna Pisau Merompak Kedai Serbaneka

Gadis Guna Pisau Merompak Kedai Serbaneka


Seorang gadis menjadi suspek kes rompakan yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Seorang gadis berumur dalam lingkuan 20-an telah nekad melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka dengan menggunakan sebilah pisau.


Rompakan itu berlaku kira-kira jam 12.55 pagi yang mana suspek telah memasuki kedai serbaneka dengan memaki topi keledar putih dan berpura-pura hendak membeli rokok.

Gadis tersebut kemudian bertindak mengeluarkan sebilah pisau daripada poketnya sebelum mengacukan ke arah dua pekerja lelaki di kaunter.

Gadis itu terus mengarahkan pekerja tersebut untukmenyerahkan wang tunai kepadanya.

Pekerja berkenaan telah menuruti arahan suspek dan segera menyerahkan wang sebanyak  RM155 yang terdapat dalam mesin tunai kepada gadis itu.

Gadis berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal yang sudah menunggu di luar kedai tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana merompak menggunakan senjata,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment